KUALA KANGSAR TETAP DI HATI

PERATURAN UNTUK LETAK STATUS / KOMEN:

MAKA, Setelah diterima masuk menjadi ahli group KKTDH, anda adalah diLARANG untuk:

BERNIAGA ONLINE:
-Menjana duit dengan mudah.
-Multi-Level Marketing.
-Menjual pelbagai jenis barangan, samada makanan, peralatan elektronik, pakaian, kenderaan, pinjaman kewangan.
KECUALI: Promosi tempat makan yang sedap, meletak iklan mencari pekerja, iklan rumah utk disewa, pengajian agama.

LUCAH DAN TIADA TATA-SUSILA:
-Meletak gambar lucah.
-Mencarut, mencaci-maki
-Kutuk-Mengutuk sesama ahli.
-Menulis ayat2 yg tidak elok untuk dibaca.
-SPAM link yang ada applikasi VIRUS.

POLITIK DAN PERBALAHAN AGAMA:
-Status biasa tapi komen2 dibawahnya menjurus kepada isu politik sehingga timbul perbalahan sesama ahli KKTDH atau perbalahan mengenai agama, sehingga ditulis komen2 mengentam ahli2 lain.

PERKAUMAN DAN SERANGAN JANTINA:
-Apa saja status/komen mengenai isu perkauman dan serangan komen antara lelaki dan wanita atau apa saja komen yg menjurus kepada ketegagan group hingga merimaskan ahli KKTDH yang lain.

MANA2 AHLI KKTDH YG NAMPAK ADA STATUS YG DILARANG SEPERTI DIATAS INI, BOLEH GUNA TAB DISEBELAH KANAN SETIAP STATUS TERBABIT UTK MELAPORKAN KEPADA ADMINS GROUP ATAU MELETAKKAN KOMEN DI STATUS TERSEBUT DGN PERKATAAN 'u/p admins'

Sebarang usaha untuk melanggar peraturan group KKTDH ini, pihak admins group dengan tanpa amaran akan samada padam/delete status/komen atau buang/banned terus ahli2 KKTDH yg buat onar dalam group ini, Group KKTDH diujudkan adalah utk semua manusia yang pernah melawat, tinggal atau anak jati kuala kangsar menjalinkan ukhwah, bersembang santai, berkongsi pengalaman, tempat makan yang enak, lokasi yg menarik untuk dilawati, info2 kesihatan, panduan yg berguna, berkongsi kata2 nasihat, menyalurkan maklumat mengenai aktiviti di kuala kangsar atau berbincang apa saja yang mungkin menjadi kenangan dan pendapat utk memajukan lagi Bandar di-Raja Kuala Kangsar. ~ SEKIAN.

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERUKHWAH.