WARGA KAMPUNG TEMAU, MUKIM DONG, DAERAH RAUB

Kampung Temau adalah kampung kelahiran Tok Gajah. Ayahanda Tok Gajah, Teuku [email protected]Tengku Ali berasal dari Bilah Paning, Pagarruyung (Sumatera Barat, Indonesia) kira-kira 150 batu ke selatan Medan, manakala bondanya bernama Siti [email protected] Dinar binti Sheikh Ali, berasal dari Kg. Temau, Dong (Raub, Pahang). Teuku [email protected] Ali terpaksa berhijrah dari Sumatera ke Tanah Melayu (1780M) bersama adiknya yang tengah, bersama 300 orang pengikut mereka dengan menaiki 12 buah kapal menyusur muara Sungai Perak, lalu singgah di sebuah tempat yang kini dikenali sebagai Bidor.Sebahagian pengikutnya mengambil keputusan untuk tinggal menetap di Bidor (Perak), manakala sebahagian lagi meneruskan perantauan mengikut Teuku [email protected] Ali dari Ulu Sg. Perak menjelajah hingga ke Ulu Sg. Lipis, lalu menghilir Sg. Lipis sampai ke Temau (Raub). Di Kg. Temau, Teuku [email protected] Ali bertemu jodoh dengan seorang gadis Temau bernama Siti [email protected] Dinar. Setelah mengahwini Siti [email protected] Dinar, lalu Teuku [email protected] Ali menukar namanya kepada Tok Shahrom. Tidak lama kemudian, orang kanannya yang bersama-sama merantau bernama Malim Yunus (seorang ulamak Mendailing) telah mengambil keputusan meneruskan pengembaraan mereka menghilir Sg. Lipis, dan Sg. Jelai sehingga tiba ke suatu petempatan yang cukup sesuai kerana kawasannya tinggi, dan berhampiran sungai pula, lalu diberi nama tempat itu Pulau Tawar. Perkahwinan Teuku [email protected] Ali dan Siti [email protected] Dinar telah melahirkan lima orang cahaya mata : Ranting Mas,Hajjah Maimunah, Rasu Abdul Salam (Tok Gajah), Khatib Mohd Amin dan Khatib Mohd Arif.