KEM PLKN SRI LEDANG,TANGKAK,JOHOR

-LATAR BELAKANG..

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 30 Oktober 2002 telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan untuk mengkaji perkara-perkara berkaitan perundangan, kurikulum, kemudahan-kemudahan dan peruntukan kewangan yang diperlukan bagi perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara.

Kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini adalah terdiri daripada remaja yang lahir pada tahun 1986 atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berumur 18 tahun pada tahun 2004.

Adalah dianggarkan terdapat seramai 450,000 orang golongan remaja dalam lingkungan usia ini untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Walau bagaimanapun, oleh kerana kemudahan-kemudahan infrastruktur yang diperlukan tidak mencukupi, maka buat permulaan dianggarkan hanya seramai 84,000 orang peserta sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.

-VISI JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA..

Menjadi Organisasi terunggul dalam melahirkan bangsa Malaysia

-MISI JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA..

Memastikan Program Latihan Khidmat Negara Dilaksanakan Dengan Cekap Dan Berkesan

FUNGSI :
1.Menggubal dasar dan peraturan-peraturan mengenai perlaksanaan Program Khidmat Negara.

2.Menguruskan penubuhan Majlis Khidmat Negara, pelantikan, kemudahan dan faedah untuk ahli majlis sepertimana yang ditetapkan dalam akta Khidmat Negara .

3.Menyediakan kurikulum program yang akan dilaksanakan berdasarkan kepada komponen yang ditetapkan.

4.Merancang penyediaan kemudahan-kemudahan, infrastruktur, keperluan logistik, peralatan-peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk pelaksanaan Program Khidmat Negara.

5.Merangka system maklumat yang diperlukan bagi menyimpan rekod-rekod semua warga negara yang berumur 18 tahun pada tahun program latihan dilaksanakan.

6.Mengkaji dan mencadangkan kaedah pemilihan peserta.

7.Memantau, mengkaji, menilai dan menyediakan laporan keberkesanan pelaksanaan Program Khidmat Negara.

8.Membentuk remaja yang mempunyai sifat jati diri dan semangat patriotisme dan cintakan negara.

9.Merealisasikan hasrat negara untuk memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.

10.Membentuk perwatakan positif kepada remaja menerusi nilai-nilai murni dalam Program Latihan Khidmat Negara.

11.Menyediakan Program Latihan Khidmat Negara terancang dengan penyediaan keperluan yang berkesan kearah mencapai matlamat dasar Latihan Khidmat Negara.

OBJEKTIF

Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:

Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.
Perlaksanaan

Dalam melaksanakan Program Khidmat Negara ini, beberapa aspek penting telah diambil kira iaitu seperti:

Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
Pelaksanaan telah dimulakan pada tahun 2004.
Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara.
Implikasi kewangan.
Menghadkan kesan ke atas sistem pembelajaran yang sedang berjalan.
Guna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman.

Modul Fizikal

Modul Fizikal adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan. Secara khususnya, latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan di kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan,…





Modul Kenegaraan

Modul Kenegaraan adalah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan para peserta program kepada negara. Melalui latihan dalam kumpulan, jurulatih memimpin kumpulan untuk mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air, rakyat, kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara….





Modul Pembinaan Karakter

Modul Pembinaan Karakter adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negara. Terdapat dua komponen yang akan dilalui peserta di mana yang pertama berfokus kepada pembinaan diri dan kedua adalah tentang diri dengan orang lain. Di dalam komponen pertama, peserta melalui proses penerokaan diri sendiri, menyedari dan mengenal pasti ciri-ciri diri (seperti aspek kepimpinan)…





Modul Khidmat Komuniti

Kehidupan ini tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu.” Kesukarelaan dan jatidiri yang kukuh dan padu perlu dijanakan dalam diri setiap individu untuk menyuburkan kekuatan serta keyakinan diri. Dengan itu, sebagai langkah merealisasikan aspirasi tersebut, Program Latihan Khidmat Negara telah dilaksanakan dengan memperkenalkan …