EX-SMK Kundasang Ranau, Sabah

SMK Kundasang, Ranau

1. SMK Kundasang telah dimulakan pembinaannya pada 24 April 1984 dan siap pada 24 Disember 1985 dengan kos RM10 juta. Kontraktor yang melaksanakan pembinaan ini ialah Lee Construction.

2. Mula digunakan untuk persekolahan yang pertama pada 6 Januari 1986 (Isnin) dengan bilangan murid seramai 60 orang dan bilangan guru seramai 6 orang.

3. Hanya satu kelas tingkatan satu dan satu kelas tingkatan dua dibuka.

4. Idea penubuhan adalah atas permintaan dan permuafakatan orang Kundasang sendiri dan pengasas utama pembinaan sekolah ialah YB. Datuk Mynoor Ginggor yang merupakan wakil rakyat N13 Kundasang pada masa itu.

5. SMK Kundasang adalah sekolah menengah yang ketiga dibina di Ranau selepas SMK Paduka Mat Salleh Ranau dan SMK Bundu Tuhan.

6. Permohonan projek pembinaan SMK Kundasang telah dihantar sendiri oleh YB. Datuk Mynoor Ginggor, Pembantu Menteri Pertanian Negeri Sabah pada masa itu kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

7. Kelulusan Pembinaan Sekolah telah diluluskan oleh Y.A.B. Datuk Musa Hitam Menteri Pelajaran Malaysia.

8. 1982 : Datuk Musa Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Harris Mohd. Salleh, Ketua Menteri Sabah dan YB. Datuk Mynoor Ginggor telah memeriksa tapak SMK Kundasang dengan menaiki helicopter.

9. Selepas pemeriksaan maka tapak diluluskan serta merta pada akhir tahun 1982.

10. Menurut Y.Bhg Datuk Mynoor Ginggor, kawasan 48 ekar milik syarikat dari Australia dan British yang meliputi kawasan perumahan kampung, war memorial garden di kawasan Kundasang telah dipohon untuk dikeluarkan. Perkara ini telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan keputusan Mahkamah dan Kerajaan Negeri ialah 8 ekar dikekalkan untuk War Memorial Garden dan selebihnya 40 ekar dikembalikan kepada Kerajaan Negeri.

Perancangan untuk 40 ekar itu termasuklah tapak SMK Kundasang yang ada sekarang seluas 5 ekar, tapak klinik 5 ekar, Balai Polis 5 ekar, Bomba 5 ekar, MDR 5 ekar, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) 5 ekar dan selebihnya untuk lain-lain jabatan dan perumahan kampung sedia ada.



STAFF TERAWAL

1. En. Suhaibul Suriman (Pengetua : 1986-1992)
2. En. Sulaiman Duhiman (Pen. Kanan Pengetua : 1983-1993)
3. En. Mohd Dzin Mokhtar
4. En. Haimin Dusilin
5. En. Esa Ahmad
6. Pn. Azmidah Yamin
7. Cik Kamaidah Maslin
8. En. Sabri Amat

SEJARAH PENUBUHAN TINGKATAN 6

Menurut YBhg Datuk Mynoor Ginggor, permohonan untuk mendapatkan Tingkatan 6 telah dipohon melalui PIBG bagaimanapun lambat mendapatkan kelulusan.

Semasa kunjungan YB. Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 1999 ke Hotel Perkasa Kundasang, surat permohonan telah dikemukakan kepada Menteri Pelajaran dan diluluskan pada penghujung tahun yang sama.

Sejarah penubuhan kelas Tingkatan 6 pula di SMK Kundasang bermula pada tahun 1999. Pada masa tu hanya seramai 60 orang pelajar terpilih menjadi perintis pertama Tingkatan 6. Tapi seramai 10 orang telah menerima tawaran untuk menyambung pelajaran di Uitm, UMS, Kolej Kejururawatan/ Pembantu Perubatan dan Kolej Farmasi. Hanya tinggal 50 orang yang berjaya menempuhi exam STPM. Kebanyakan pelajar yang terpilih adalah daripada SMK Kundasang dan SMK Bundu Tuhan.

Pada masa tu, kelas tingkatan 6 hanya ada dua, iaitu kelas Ekonomi dan Geografi. Mata pelajaran yang diperkenalkan pula ialah Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Geografi, Sejarah, Bahasa Melayu/Malaysia, Sastera, Pengajian Am dan MUET. Antara cikgu perintis pertama yang mengajar adalah :

1) Cikgu Yusak Gopog - Ekonomi
2) Cikgu Badariah - Geografi
3) Cikgu Nor Sobah Tauhid Pengajian Perniagaan
4) Cikgu Noreeta Khamis Pengajian Am
5) Cikgu Noor Aini - Sejarah
6) Cikgu Ruslindah Rasul - Sastera
7) Cikgu Norita Hamdan - Bahasa Melayu
8) Cikgu Nancy Sepikit - MUET

Melalui Persatuan Tingkatan 6, kami berusaha untuk memperkenalkan pelajar-pelajar tingkatan 6 pada masa itu melalui pertandingan Forum Perdana sempena Bulan Bahasa Melayu, Sketsa pendek, mempersembahkan Koir sempena Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah serta membuat Jalur Gemilang sempena menyambut Hari Kemerdekaan.

Cabaran kami yang utama menjadi pelajar tingkatan 6 yang pertama di SMK Kundasang adalah kekurangan bahan-bahan rujukan pelajaran. Di samping itu, hampir kesemua guru tiada pengalaman mengajar tingkatan 6 kerana kebanyakannya baru keluar dari IPT. Harapan kepada kami juga amat tinggi untuk memastikan kelas tingkatan 6 di SMK Kundasang terus wujud.

# Semua maklumat diatas dipetik dari blog Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang, Ranau Sabah.