Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat

Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Tumpat terletak di Kelaburan, Tumpat, Kelantan. Lokasinya bersebelahan dengan Hospital Daerah Tumpat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat adalah nama baru bagi Government English School Tumpat (GEST). Sekolah ini diwujudkan pada tahun 1957, bagi menampung murid-murid Special Malay Class yang telah pun bermula sejak tahun 1954 lagi. Sebaik sahaja tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah sekolah aliran Inggeris didirikan di setiap daerah. Sekolah-sekolah inilah kemudiannya menjadi asas kepada tertubuhnya sekolah-sekolah menengah di Kelantan.