Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat

Kepada semua warga PPD Kuala Langat dan sekolah-sekolah sekitarnya...

SEJARAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA LANGAT

•Pada 1 Julai 1982 Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat dan Sepang (PPDKLS) ditubuhkan.

•Bangunan asal pejabat ini ialah Sekolah Kebangsaan Banting, Jalan Jugra (sekarang Jalan Sultan Abdul Samad). Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat dan Sepang tubuhkan di bawah Education Ordinance 1950.

•Pada 1 November 1991 Pejabat Pendidikan Daerah Cawangan Sepang telah dibuka di bangunan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Salak. Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat (PPDKL) berpisah dengan Pejabat Pendidikan Daerah Sepang (PPDS) pada 1 Februari 2002.

•Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah dengan dibantu oleh Timbalan Pegawai Pendidikan dan juga beberapa Penolong Pegawai Pendidikan Daerah. Unit Kualiti dan Dokumentasi ditubuhkan pada Tahun 2005 untuk memantapkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di PPD Kuala Langat.

•PPD Kuala Langat telah mendaftar untuk persijilan MS ISO 9001:2000 (SIRIM) pada 23 Mac 2006, menjalani Audit Kecukupan (7 Julai 2006)dan Audit Pematuhan ( 18 &19 Oktober 2006) seterusnya mendapat pengiktirafan persijilan MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM.

•Pada 18 November 2006 Visi, Misi, Dasar Kualiti dipinda dan nama blok, bilik mesyuarat diberi nama berdasarkan sejarah nama tempat di Daerah Kuala Langat.