47000 Sungai Buloh

Group FB ini ditubuhkan untuk tujuan warga 47000 SUNGAI BULOH berkongsi apa jua bentuk maklumat dan perniagaan. Selain ianya akan merapatkan lagi silaturrahim di antara kita semua. Sebarang bentuk maklumat, hebahan, jemputan, aktiviti, program kemasyarakatan, masalah penduduk dan segala bentuk perniagaan samada kecil atau besar sangat dialu2kan.

PERATURAN & UNDANG-UNDANG
Group FB 47000 Sungai Buloh terbuka kepada:-
1. Penduduk yang tinggal di Sungai Buloh
2. Penyewa kediaman atau premis di Sungai Buloh
3. Pelajar atau pekerja yang bekerja di Sungai Buloh

SYARAT PENGIKLANAN & PERKHIDMATAN
1. Iklan & Perkhidmatan sekali sehari.
2. Setiap barangan yang diiklan mesti memenuhi kreateria berikut.
- Nama barang & perkhidmatan
- Harga dengan jelas
- Cara untuk dihubungi
3. Tidak menjual barang diharamkan, barang curi, & barang seksual.
4. Iklan yang lebih dari 1 item boleh disatukan dalam 1 post.

POST YANG DILARANG
1. Aktiviti & program yang tidak sopan
2. Unsur politik yang keterlaluan
3. Gambar atau kata lucah.
4. Gambar & penulisan yang menggugat sensitiviti dan ketenteraman awam
5. Masalah hal ehwal rumahtangga

Pihak admin berhak untuk membuang mana-mana post yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab keatas mana-mana post atau komen yang boleh menyebabkan kerugian atau ganti rugi. Sekian – ADMIN SB