RUANGAN IKLAN PRODUK & PERKHIDMATAN

**********************
READ ME FIRST!!
**********************

RUANGAN IKLAN PRODUK & PERKHIDMATAN merupakan satu ruangan iklan kepada peniaga-peniaga online dan offline untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing.

Tiada sebarang syarat yang ketat dikenakan namun para peniaga perlu mematuhi garis panduan seperti berikut:-

1. iklan mestilah produk dan perkhidmatan yang tidak melanggar hukum syara'

2. iklan mestilah produk dan perkhidmatan yang tidak melanggar undang-undang negara Malaysia

3. iklan berunsurkan program buat duit seperti program taja-menaja tanpa produk, skim cepat kaya, scam dan seumpamanya adalah ditegah sama sekali.

4. Bagi produk ubat kuat / tenaga batin tak kira lelaki dan wanita, elakkan gambar dan ayat-ayat iklan berunsur lucah.

5. Para pengiklan juga ditegah untuk mengiklankan gambar duit (tak kira dalam matawang apa sekali pun), akaun bank, bergambar dengan kenderaan mewah atau apa-apa yang berunsurkan ingin mempengaruhi prospek dan pembeli.

6. Kondem mengkondem produk atau perkhidmatan orang lain adalah ditegah sama sekali. Bersainglah dengan sihat dan berikan servis terbaik kepada pelanggan anda.

7. Jangan masukkan unsur-unsur berbaur politik dalam ayat-ayat promosi iklan anda.

8. Iklan berunsur sabotaj terhadap produk atau perkhidmatan pengiklan lain juga adalah dilarang sama sekali.

9. Memandangkan Group ini masih baru admin meWAJIBkan Pengiklan untuk ADD 15 ORANG ke group ini.

10. Maklumkan admin dengan "add 15 done" dan anda boleh beriklan tanpa halangan.

Bagi pengiklan yang tidak mematuhi garis panduan ini, ADMIN berhak untuk memadamkan iklan tersebut tanpa notis dan pengiklan akan disekat daripada terus beriklan disini.

Untuk memeriahkan group ini anda adalah digalakkan untuk mempromosikan group ini kepada rakan-rakan fb anda agar pasaran produk dan perkhidmatan anda menjadi lebih meluas.

************************************
NOTA: DENGAN MENGIRIMKAN IKLAN ANDA, SECARA AUTOMATIK ANDA ADALAH TERIKAT DENGAN UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
************************************