Grup Nutrisi Remedi Alami Malaysia (GNRAM)

Grup Nutrisi & Remedi Alami Malaysia (GNRAM) adalah sebuah pertubuhan yang mengamalkan cara hidup sihat. Kami mengutamakan nutrisi alami dengan mendidik ahli tentang pengambilan makanan sebenar (real foods), belajar mengambil vitamin semulajadi melalui makanan seharian, juga memberi tips kesihatan berkenaan remedi alami / cara merawat penyakit secara semulajadi dahulu sebelum mengambil ubatan moden sewenangnya.

Kami bukan doktor, namun admin GNRAM dan juga beberapa ahlinya berpengalaman mengharungi dugaan ketika sakit dan merawatnya secara semulajadi setelah puas menggunakan cara moden. Kami tidak melakukannya membuta tuli. Kami melakukan kajian, menyertai forum selain mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pakar perubatan serta pengamal perubatan alternatif yang lainnya.

Namun begitu, kami tidak mengetepikan perubatan moden begitu sahaja. Cuma kami percaya beberapa perkara perlu diambil kira sebelum menggunakannya.

Di sini, ahli boleh belajar mengenal ubatan moden, kesan sampingan ubatan moden , belajar tentang pemakanan yang baik secara semulajadi, kenali khasiat vitamin semulajadi daripada makanan sebenar tanpa menggunakan vitamin sintetik atau terproses sewenangnya, termasuklah belajar kaedah merawat penyakit secara alami.

Setiap pandangan tidak boleh dianggap 100% pasti betul dan ahli perlu lakukan kajian serta gali maklumat sehabis baik sebelum menerima dan mengaplikasikan segala maklumat yang diberi.

NO ADVERTISEMENTS, NO MLM (SHAKLEE, TRANSFERFACTOR etc), NO DRUGS, NO STEROIDS, NO VACCINES, NO PROCESSED FOODS, NO SPOON FEED PEOPLE. HELP YOURSELF BEFORE OTHER PEOPLE CAN HELP YOU.

Ahli baru yang masuk, wajib rujuk Pinned Post ini https://www.facebook.com/groups/GNRAM/doc/196194933889937/ di dalam grup.