JOHOR

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia....Kepada semua warganegara Malaysia di semua daerah tidak kira dimana anda berada,jadilah orang yang terawal menyertai group JOHOR bagi mengeratkan silaturahim dan juga dapat mengenali kehidupan orang JOHOR.Anda di alu-alukan untuk 'post' apa saja,tapi harus di INGAT!!!!!!

*PERATURAN-PERATURAN YANG PERLU DI PATUHI:-

-Di larang menimbulkan sebarang provokasi yang melibatkan individu atau sebarang organisasi.

-Di larang sebarang post/komen berbau lucah,hasutan atau maki hamun.

-Di larang meng iklankan sebarang produk atau perniagaan yang melibatkan keuntungan wang ringgit kecuali iklan yang berbentuk bantuan derma,mencari pekerja atau pekerjaan,mencari jodoh,jemputan majlis & program.Jika ingin mengiklankan barangan,boleh iklankan di 'KEDAI RUNCIT' yang ditadbir oleh GROUP JOHOR.Ini bagi mengimbangi diantara post sosial ataupun post perniagaan.

UNTUK IKLANKAN BISNES ANDA SILA KE : <a href=" https://www.facebook.com/groups/KEDAIRUNCIT/"

MINTA KERJASAMA BAIK ORANG JOHOR
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Add rakan-rakan anda ke 'GROUP JOHOR' tanda menyokong Group negeri anda ini.

Segala kerjasama anda amat dihargai.Semoga Group ini dapat menyatupadukan rakyat JOHOR hendaknya. -Amin-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Melayu Johor,
Telah terlalu banyak kita kehilangan,
Sawah ladang bertukar tangan,
Pekan dan bandar kita menumpang,
Teluk Belanga entah ke mana,
Yang tinggal hanyalah pakaian,
Sedarah sedaging hampir hilang,
Yang ada hanyalah setulang,
Selat Tebrau kian sempit,
Hati rindu jauh tergamit.

Di Johor,
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar itu Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Aceh dan Siak adalah Melayu,
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu,
Mamak dan Malbari jadi Melayu,
Malah mualaf bertakrif Melayu.

Melayu itu maknanya bijaksana,
Jika menipu pun bersopan,
Kurang ajarnya tetap santun,
Dajalnya cukup selamba,
Budi bahasa jangan dikira,
Beraninya cukup benar,
Tunduk bila bersalah,
Lembutnya cukup jantan,
Setia sampai ke kubur,
Biar mati adat jangan mati sahabat.

Anak Johor,
Luka di Tanjung Puteri,
Parutnya di Parit Raja,
Muka biar berseri,
Mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dalam senyum,
Marahnya dalam tertawa,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan,
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan,
Kasih sayang kekeluargaan,
Ringan tulang saling bertolongan,
Jujur memaafkan ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu,
Silaturahim yang murni,
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut,
Tangan di hulur bersambut,
Luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan,
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian,
Sifat terpuji setiap insan,
Bermuafakat supaya berkat,
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah,
Kepada ALLAH berserah.

MELAYU JOHOR