Jom Belajar Al Quran dan Sembahyang

Ruang perkongsian ilmu KeIslaman dan berdakwah melalui alam maya dengan harapan untuk membantu menguatkan akidah kita sebagai seorang Islam yang jati dan yang sentiasa bertaqwa kepada Allah swt serta menjadikan Al Quran dan sunnah Nabi saw sebagai panduan hidup harian kita.

Ruangan ini tidak membenarkan sebarang bentuk promosi perniagaan , jika terdapat sebarang posting sebegitu , pihak Pentadbir laman ini akan men "delete" posting itu. Kami berharap semua sahabat disini menghormati peraturan dalam kumpulan kita ini. Semoga usaha kecil kita untuk mencari ROI akhirat tercapai dengan sempurna , insyaallah.

Perhatian :

1. Sumber-sumber perkongsian dalam laman dan kumpulan ini adalah dari sumber pencarian internet , You Tube , buku-buku penulisan semasa , ilmu yang didapati dari kuliah-kuliah yang dijalankan melalui masjid , surau , pusat ilmu (institusi pengajian dan pengajian tinggi) dll . Saya mengingatkan diri saya dan juga sahabat dalam kumpulan ini , sebaik-baik menimba ilmu adalah dengan cara berguru.

2. Jika ada sebarang kesilapan dan kesalahan kami semasa membuat "posting" dalam kumpulan ini , tegur kami dan perbaiki keadaan kerana itu juga adalah satu kewajipan kepada sahabat-sahabat yang mempunyai ilmu agama yang dalam terutama dalam bab yang diperbincangkan