JADILAH WANITA YANG SOLEHAH DAN JADILAH LELAKI YANG SOLEH

Firman
Allah Ta’ala yang bermaksud:
Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, dan
lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.
(An-Nur:26)

Dan di dalam surah Al-Ahzab ayat 35:
Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang
mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan
perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan
perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan
perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara
kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah,
Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.