Kongsi Idea DSLR - K.I.D

Hai, disini adalah tempat untuk berkongsi dan bertanyakan tentang Kamera DSLR. Sesiapa sahaja boleh mengepos dan bertanyakan soalan tentang Kamera DSLR. Range soalan daripada yang Beginner sampailah ke tahap Gaban Proffessional.
Disini juga adalah tempat untuk post hasil gambar DSLR anda, lebih kurang mcm nak show-off la, tapi jangan risau, takde sape kutuk, sini adalah tempatnya. Boleh mintak komen kalau buruk, kalau cantik orang akan puji, dan yang paling penting orang akan tanya soalan, inilah fungsi berkongsi idea tu.

Syarat menyertai tak wajib ada Kamera DSLR, mungkin anda plan nak guna DSLR suatu hari nanti. Macam biasa, asalkan anda tidak menggunakan kata2 kesat dalam post dan komen, tidak post gambar seksi, tidak spam, tidak main isu agama dan politik melampau dan perkara2 sensitif yang lain. Oh ya, buat masa ini, admin benarkan jika anda nak iklankan produk berkenaan DSLR dan accessories DSLR, tapi jangan lah sampai spam. Admin berhak padam post mana2 yang dianggap melanggar peraturan diatas serta iklan yang selalu sangat spam. Ingat, fungsi utama ialah berkongsi pandangan.

Kongsikan Keindahan, bukannya keburukan.