Kump. Ibu2 Menyusukan

"Disclaimer for All Members"

KIM-Kumpulan Ibu2 Menyusukan adalah sebuah kumpulan sokongan SUSU IBU.

Selamat Berkenalan buat ibu-ibu semua :)

Kebanyakan info adalah berdasarkan pengalaman ibu sendiri, setiap ibu dan anak tidak sama penerimaannya. Untuk maklumat yang lebih terperinci dan kes-kes tertentu sila hubungi doktor yang pro-breastfeeding, kaunselor laktasi dan pembimbing ibu menyusu MBFPC di ([email protected]) http://malaysianbfpc.org/

Kumpulan ini adalah salah satu cara untuk kita berkongsi maklumat dan pendapat mengenai PENYUSUAN SUSU IBU. Segala maklumat adalah berdasarkan pendapat/pengalaman individu dan bukan daripada pakar perubatan.

Kumpulan ini hanya untuk PEREMPUAN sahaja. (sila maklumkan kepada pihak admin sekiranya ada insan yang tidak diundang menyertai KIM). Perlu diingatkan juga ada ahli KIM yang berkongsi page FB mereka bersama suami mereka jadi sila sentiasa berhati2 dengan setiap tutur kata. Elakkan post/komen dengan perkataan negatif spt. bodoh, gila dll. Post sebegitu akan di DELETE. Anda dicadangkan untuk post gambar yang hanya sesuai dikongsikan kepada umum.

Hanya admin KIM boleh mengemaskini Disclaimer

Untuk memudahkan rujukan semua ahli KIM, kami pihak Admin ingin memohon kerjasama semua agar pm/email kepada admin sebarang dokumen yang ingin dipost di ruangan Dokumen/Files.Ini adalah untuk mengelakkan terlalu banyak dokumen dibuka dari tajuk yang sama.

Ahli dicadangkan untuk guna Search This Group, sebelah atas kanan untuk mencari topik yang berkaitan.

Sila ambil maklum mengenai perkara-perkara yang berikut:-

Pihak admin akan cuba memantau sekerap mungkin. Pihak yang komen/post jualan/let go sebarang jenis produk/post out of topic akan di AUTO REMOVE dari KIM. Ini untuk mengelakkan iklan & post yang tidak berkenaan dengan susu ibu yg terlalu banyak, seterusnya mengganggu wall KIM yg TUJUAN UTAMAnya adalah perbincangan berkaitan susu ibu sahaja.

Promosi di 'Docs' yang dibuat untuk tujuan promosi persendirian juga akan di 'DELETE'

Segala isu sensitif/hangat/membawa kepada perkara negatif juga akan terus di 'delete'

Sebarang post berkenaan Milk Booster serta yang menjurus ke arah iklan perniagaan di wall dan komen yang berunsur perniagaan akan di DELETE serta merta dan sila manfaatkan dokumen berkaitan sahaja.

Mohon kerjasama dari ahli-ahli KIM untuk tidak upload/post video,gambar dan seumpamanya yang boleh mendatangkan ketidakselesaan,gangguan emosi serta fikiran ibu-ibu lain. (Kita benarkan post gambar EBM di wall KIM memandangkan ketidaksesuaian untuk post berkenaan EBM di wall peribadi sebahagian pihak)

Setiap SABTU & AHAD Only administrators can post to the group.

Kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan agar kita sama-sama akan dapat berkongsi ilmu dan memanfaatkannya.

Terima kasih.

Salam ukhuwwah dari kami ADMIN TEAM

Tini Wirdas
Mummycare Liza
Noor Hasyimah
Nik Ha

http://kimsusuibu.blogspot.com/
[email protected]