Klate CoM'immunity

Assalamualaikum W.B.T لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Syukran jazilan kepada rakan-rakan sekalian & tak lupa juga kepada ahli-ahli baru kerana sudi bersama-sama memeriahkan Group Klate CoM'immunity.
Salam ukhuwah fillah dan salam perkenalan dari kami.

✖ "Klate CoM'immunity" Mula ditubuhkan bagi menggabungkan semua 'Facebookers' khususnya warga Kelantan. Group ini dinamakan 'Klate CoM'immunity' kerana ingin menggambarkan bahawa anak-anak Kelantan adalah warga Celik IT dengan terteranya perkataan "CoM" yang agak "familiar" dengan teknologi ICT,seraya melahirkan ahli-ahli yang berintelektual. "immunity" pula merujuk kepada kekuatan semangat rakyat Kelantan.

✖ "Tertubuhnya group ini juga adalah salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan pengguna internet yang kebanyakannya adalah orang muda dengan cara lebih interaktif dan menarik. Objektif utama penubuhan Group ini adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama kita.

✖ "Namun, Group ini turut mengalu-alukan kunjungan hormat bagi sesiapa sahaja yang ingin menyertai "Klate CoM'immunity" samada dari dalam atau luar negeri, daerah mahupun seluruh pelusuk negara atau luar negara. Group ini berkonsepkan 'BEBAS' iaitu tidak mengambil kira fahaman politik, agama atau bangsa.

✖ "Diharap semua akan terus berhubung antara satu sama lain disamping mengikuti aktiviti-aktiviti 'GATHERING' yang akan dijalankan (jika ada permintaan majoriti) dengan tertubuhnya komuniti ini di Facebook. Sumbangan idea-idea bernas dari anda amatlah dihargai justeru mengembangkan serta melancarkan lagi aktiviti group agar dilihat sebagai medium yang berguna kepada komuniti.

✖ "Group ini juga PENYOKONG SETIA PASUKAN BOLA SEPAK KELANTAN (THE RED WARRIORS) ... !!!!! GOMO KELATE GOMO !!!!! ...

✖ "Semua warga "Klate CoM'immunity" DIWAJIBKAN menjaga tatatertib serta tatabicara masing-masing demi menjaga hati sesama pihak dan juga mengelakkan dari timbulnya ketidakselesaan dan berpuak-puak.

❐ "JIKA ANDA MASIH TIDAK MENGHIRAUKAN TEGURAN DARI PIHAK KAMI SERTA MELANGGAR SYARAT...

❐ "KEDATANGAN ANDA DALAM KOMUNITI INI TIDAK DIUNDANG...DAN PIHAK KAMI TIDAK TERAGAK-AGAK "BAN" ANDA SEKIRANYA SYARAT KAMI TIDAK DIENDAHKAN..Harap Maklum !!!

Anda juga boleh memaparkan sebarang artikel,gambar,video atau apa sahaja maklumat yang ingin anda kongsikan bersama warga KC.
Sumbangan anda amatlah dihargai dan teramatlah dialukan.
Pastikan maklumat yang ingin anda kongsikan,tidak menyentuh sensitiviti sesama ahli.
TERIMA KASIH...

❐ "KEPADA AHLI-AHLI BARU KAMI UCAPKAN SELAMAT DATANG..dan
❐ "SEMOGA ROCK DAN CERIA-CERIA SELALU....

**P/S** "FEEL FREE TO REMOVE YOURSELF FROM THIS GROUP IF IT DOESN'T SUIT YOU"..........