Alumni Politeknik Seberang Perai - Lookup-ID.com

Alumni Politeknik Seberang Perai

Latar Belakang Alumni

Persatuan Alumni Politeknik Seberang Perai atau panggilan ringkasnya ALUMNI PSP telah ditubuhkan pada 23 Ogos 2007 dengan pembentukan sebuah ahli jawatankuasa penaja dengan dipengerusikan oleh seorang bekas pelajar iaitu Saudara mohd Fadly bin Abdul Wahid.

Persatuan ini merupakan satu-satunya persatuan bekas-bekas pelajar yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Pulau Pinang. Persatuan ini telah menerima sijil penubuhannya secara rasmi pada 9 April 2008.

Mesyuarat Agung pertama persatuan ini telah diadakan pada 2 November 2008 di Politeknik Seberang Perai bersempena dengan “Sambutan PSP Sedekad”. Pada mesyuarat ini sekali lagi Saudara Mohd Fadly Abdul Wahid telah dilantik sebagai pengerusi yang baru manakala seramai 11 orang lagi telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa. Penaung Persatuan ini adalah Pengarah Politeknik Seberang Perai sendiri iaitu Tn Hj Noor Azahan bin Othman.