ALUMNI SMK LENGA, MUAR, JOHOR 1970 - kini

Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 1970 dengan nama Sekolah Menengah Lenga, Muar (Kebangsaan dan Inggeris ). Pada mula penubuhannya, terdapat 4 buah tingkatan, iaitu 2 buah tingkatan satu aliran Melayu, sebuah tingkatan aliran Inggeris, dan sebuah tingkatan peralihan. Seramai 7 orang guru bertugas pada peringkat awal dengan diketuai oleh En. Yusof bin Ibrahim sebagai Guru Besarnya. Pada ketika itu sekolah ini menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Inggeris Lenga dan sesi persekolahannya dijalankan di sebelah petang.

Pada 1 Julai 1970 sekolah ini berpindah ke tapak baru yang terletak di Felda Batu 27, Lenga yang terdiri daripada 2 blok bangunan yang mempunyai 7 buah bilik dan sebuah pejabat. Turut disediakan ialah sebuah perpustakaan dan sebuah blok kantin serta 2 unit rumah guru.

Pada tahun 1976, tingkatan 4 sastera dimulakan di sekolah ini, dan namanya ditukarkan kepada Sekolah Menengah Lenga, Muar. Pada tahun 1980 bangunan sekolah ini ditambah 2 blok lagi dan bekalan elektrik diperolehi pada tahun 1985.

Pada tahun 1989, sebuah blok gotong royong dibina yang mengandungi 4 buah bilik darjah. Pada tahun 1990 sebuah blok tiga tingkat dibina dan siap pada bulan Oktober 1990.Di tingkat bawah bangunan ini terdapat makmal-makmal sains, manakala di tingkat 2 dan 3 mengandungi 10 buah bilk darjah.

Pada tahun 1991/1992 kelas tingkatan 4 sains dimulakan. Pada bulan Oktober 1991 juga, Sekolah Menengah Lenga telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri Besar Johor ketika itu. Sehingga kini, sekolah ini mengandungi 7 buah blok bangunan dan sebuah kantin.

Diambil dari: http://www.geocities.com/Athens/Ithaca/9489/