AQUA MANIA

Salam Semua.
Tujuan group AQUA MANIA ini diwujudkan ialah untuk memberi peluang kepada para peminat ikan hiasan marin atau air tawar bagi menimba ilmu,berkongsi pendapat serta menceritakan pengalaman memelihara ikan hiasan secara santai . Tuan/Puan bebas untuk berbicara atau bertukar-tukar pendapat bagaimana nak menambah ilmu pengetahuan serta selok belok memelihara ikan hiasan;


1) Berkongsi lah tentang ilmu memelihara ikan marin dan air tawar ,bagaimana nak menambah baikan sistem dan sebagainya.

2) Iklan penjualan (milik persendirian terpakai) adalah dibenarkan tetapi hanya yg berkaitan pemeliharaan ikan hiasan sahaja. 1 minggu sekali sahaja...pada yang melanggar peraturan ini..selepas 3 kali REMINDER -Pihak Admin tidak akan teragak2 untuk REMOVE Tuan/Puan dari senarai ahli group.

3) Iklan penjualan barangan terpakai atau untuk diberi secara percuma sesama peminat dibenarkan. Pihak Admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi di antara pembeli dan penjual.

4)Kepada sesiapa yg ingin meletakkan gambar2 ikan atau akuarium yang mana adalah hakmilik persendirian hendaklah meletakkan watermark pada gambar koleksi anda.Pihak admin tidak akan bertanggung jawab diatas gambar persendirian anda yang dicuri.

ADA BEBERAPA PERATURAN YANG PERLU DI PATUHI DAN DI LARANG:-

1) Apa-apa posting yang ke arah politik dan penghinaan keatas mana-mana agama;

2) Apa-apa posting ke arah perkauman;

3) Apa-apa posting yang berunsurkan fitnah, memaki hamum ataupun menjatuhkan maruah;

4) Apa-apa posting ke arah penipuan dan negatif.

5) Sebarang iklan mengenai barangan baru untuk jualan.



Harap semua ahli faham dengan tatacara berdiskusi di sini. Sila berkongsi ilmu dan sebarang luahan rasa bersama kami...


ADMIN AQUA MANIA