GENG PUSAK SARAWAK ( Group Pencinta Kucing )

Geng-Pusak-Sarawak
Selamat datang kepada semua Papa Mama Datok Nenek meow dari Sarawak khususnya dan cat lover sekalian alam.

Tujuan utama penubuhan Geng-Pusak-Sarawak adalah untuk bersama-sama berkongsi gambar-gambar meow kesayangan anda, maklumat-maklumat yang berguna untuk kebaikan meow sekalian alam, pengalaman berkenaan meow, aktiviti-aktiviti atas nama meow, pertanyaan/persoalan misteri berkaitan meow, dan ceritera drama meow yang terbaik untuk tatapan bersama.

Selain itu, jual beli berkenaan penjagaan dan barangan meow juga amatlah digalakkan. Akan tetapi perkara seperti dibawah WAJIB dimasukkan dalam urusan jual beli tersebut:

1. Nama barang:
2. Deskripsi barang:
3. Harga:
4. Kawasan:

Untuk urusan berkenaan meow pula, butiran seperti dibawah juga adalah WAJIB disertakan:

1. Breed/Baka:
2. Warna:
3. Date of Birth:
4. Maklumat Perubatan:
5. Adoption Fee : Harga / Free
6. Kawasan:
7. Gambar Meow

Terma dan syarat yang tertera dibawah adalah tertakluk pada semua perkara yang lain diatas dan juga tertakluk pada semua ahli di dalam Geng-Pusak-Sarawak:

1. Ahli adalah dilarang sama sekali memuatnaik foto, video, artikel, atau sebarang perkara yang memaparkan kekejaman terhadap haiwan terutamanya meow. Admin berhak untuk mengeluarkan individu-individu yang sik dengar kata (tingai kata org tua)daripada Geng-Pusak-Sarawak.

2. Sila gunakan bahasa dan tuturkata yang baik sesama kita.

3. Setiap urusan JUAL BELI & ADOPTION adalah diatas tanggungjawab dan risiko sendiri. Geng-Pusak-Sarawak tidak akan bertanggungjawab sama sekali atas segala masalah tentang urusan tersebut.

4. Jalankanlah urusniaga dengan jujur dan mengikut etika jualbeli.Pastikan orang ya "Trusted Seller" mun nak beli pusak luar kwsan tempat anda...

Dengan ini diharapkan agar semua mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Geng-Pusak-Sarawak.

Selamat berkongsi dan berurusan dalam Geng-Pusak-Sarawak dan semoga Papa Mama Datok Nenek meow sekalian alam gembira bersama kami.

-Nang Kacak Pusak Ya-