IIUM Photographer Community

Group Open ini telah ditubuhkan pada 6.20pm 21/2/2012.

Group ini Ditubuhkan Atas Dasar Minat dengan Fotografi dan Juga Videography. Oleh kerana berasa kurang aktif dengan Fotografi kerana kesibukan sebagai pelajar, jadi kami telah bersepakat dengan rakan-rakan dan telah memutuskan untuk membuat satu group dimana kita peminat fotografi di UIAM boleh berkongsi Pendapat dan Bertukar-tukar fikiran tentang minat ini.

InsyaAllah jika ada kesempatan kita boleh mengadakan sedikit keluar 'outing' untuk Shooting di sekitar UIAM dahulu kemudian insyaAllah kalau ada rezeki juga diluar.

Selepas itu bolehlah kita bertukar-tukar pendapat editing, fotografi, seni-seni, teknik, barangan yang sesuai, gear masing-masing, supaya kita saling kenal antara satu sama lain.

Ahli group juga digalakkan untuk mengepost hasil karya masing-masing, supaya kita semua boleh bersama-sama untuk belajar, mungkin ada teknik baru, ataupun baru yang nak menyertai fotografi mahu mempelajarinya. Bolehlah kita sama-sama untuk menambah serba-sedikit ilmu tentang fotografi disamping jadual sebagai student yang sibuk.

Sebarang bentuk jenis gambar, dari kamera handphone, handset, Videography, gambar manipulasi, gambar dari galaxy tab, iphone, dan sebagainya diterima disini.

Peminat Fotografi dari kalangan pelajar UIAM dan staff digalakkan menyertai group ini.

Sesiapa yang telah lama bergiat aktif dalam fotografi, tahu serba serbi tentang fotografi, bolehlah dan amat dialu-alukan untuk berkongsi pendapat dan buah fikiran anda untuk membawa Group ini ke arah yang lebih jauh.

Jemputlah kawan kawan anda yang minat akan fotografi, videografi, yang sudah lama belajar, yang berpengalaman, yang tiada pengalaman, yang berminat, yang baru nak belajar, yang baru nak merangkak, yang dah terbang untuk menyertai group ini supaya kita sama-sama boleh belajar insyaAllah. Masing-masing boleh berkongsi pendapat dan ilmu antara satu sama lain, mudah-mudahan.

Sebarang idea dan juga buah fikiran yang bernas amatlah dialu-alukan. Sebarang Pertanyaan atau persoalan bolehlah dipostkan di wall.


Kita Adalah Sama, tiada apa yang membezakan. :)
Terima Kasih.