JOM EMAS

Bismillah ,

Salam, asalkan berkaitan emas & penjualan emas fizikal bole je share , platform utk utilise FB ~ free , iklan free , membership free .

Utk beriklan - tunjuk gambar ada maklumat berat , gred , lokasi & no tel dah memadai. jika buyer rasa comfortable dgn brg / seller - insya'Allah - ada rezeki.

Jika risau ada penipuan dlm transaksi pembelian atau penjualan anda ~ beli dgn seller atau jual dgn buyer yg anda comfortable . Jika terlalu was-was jgn deal , dpt mahal 1/g atau 2/g tak mengapa - brg dapat dari bayar beribu brg yg dinanti tak kunjung tiba .

Objektif penubuhan group JOM EMAS:-
1) mewujudkan jaringan komuniti emas yg terdiri dari pemilik , pengedar , peraih , pelebur , pembekal , runner :) & pembeli , Insya'Allah komuniti Emas di Malaysia akan bertambah & sedikit sebanyak group JOM EMAS boleh menyumbang sesuatu yg positif kepada perkembangan Industri Emas di Malaysia.

2) platform alternatif untuk menjual emas fizikal atau berkongsi berkenaan emas di Facebook .

Selamat datang diucapkan & jika merasakan ada member-member di FB yg sesuai dgn group jemputan utk mereka dialu-alukan.

Mohon juga kerjasama ahli untuk mematuhi peraturan yang telah admin tetapkan bagi menjaga keharmonian sesama ahli dan tidak membuat posting provokasi disamping tidak menimbulkan kekecohan sesama ahli.

Antara aturan/syarat yang telah dipersetujui bagi menjaga keharmonian ahli adalah:
1. Setiap Posting WAJIB mempunyai harga jualan YANG JELAS.
2. Dilarang sama sekali meletakkan link ke page lain.
3. Dilarang juga membuat posting di Jom Emas akan tetapi membuat jualan/lelong di tempat lain.
4. DILARANG POSTING BAB HUKUM PELABURAN/JUAL BELI YANG MENJADI KHILAF ULAMA.

Sekian , terima kasih .
Insya'Allah.

//===============//
TIPU

Apabila kita membaca hadis Nabi SAW yang bersabda:

“Sesungguhnya para peniaga dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang jahat kecuali mereka yang bertaqwa, berbuat kebaikan dan benar.” (Riwayat al-Tirmizi, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan lain-lain. Al-Hakim menyatakan sanadnya sahih. Ia dipersetujui oleh al-Zahabi).

Memakai kopiah dan menggantungkan ayat al-Quran itu merupakan hak peniaga atas premisnya. Namun jika itu semua dilakukan untuk menarik pelanggan supaya merasa kedai makannya mengikut ajaran Islam sedangkan hakikat tidak, maka itu satu penipuan.

Lebih baik dia jangan meletakkan ayat-ayat Tuhan di dinding jika itu sekadar mengelirukan pelanggan. Dia bagaikan menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah.

Suatu ketika, Rasulullah SAW melintasi satu bekas makanan (untuk dijual), lalu baginda memasukkan tangannya ke dalamnya. Tangan baginda menjadi basah. Baginda pun bersabda: “Apakah ini wahai empunya makanan (peniaga)?

Dia menjawab: “Terkena hujan, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Mengapa engkau tidak jadikan bahagian yang basah itu di atas makanan supaya orang boleh nampak? Sesiapa yang menipu, dia bukan dari pengikutku.” (Riwayat Muslim)