Komuniti Jutawan Industri - Richworks Official

PERHATIAAN: Ini adalah group rasmi untuk peserta Seminar Jutawan Industri yang dianjurkan oleh Richworks International Sdn Bhd.

Seminar ini diasaskan oleh Dr Azizan Osman memandangkan banyak keluhan dari usahawan atau bakal usahawan yang mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi dan luar biasa menggunakan 6 Pillars atau Tiang Utama.

Sesiapa yang berada di sini mestilah mematuhi syarat-syarat ini:-

- Pihak Admin berhak mengeluarkan sesiapa pun dari group ini tanpa soal jawab sekiranya melanggar beberapa peraturan utama adab di sini
- Tidak boleh menjual, mempromosi atau memasarkan sebarang produk atau perkhidmatan
- Tidak boleh memasukkan sebarang topik yang boleh membawa kepada salah faham atau perselisihan faham seperti kepercayaan politik, bangsa dan agama
- Tidak boleh menjadi penghasut atau dipercayai menghasut ahli di sini untuk bercakap tentang sesuatu yang negatif atau tidak memberikan manfaat.
- Bukan tempat mengutuk atau mencaci orang lain.

Apa yang bagus dibuat di sini?
- Networking/ Berkenalan
- Berkongsi kisah kejayaan yang berkaitan dengan Seminar Jutawan Industri
- Berkongsi pengalaman hasil ilmu dari Seminar Jutawan Industri
- Ulangkaji ilmu yang dipelajari dari Seminar Jutawan Industri.

Kunci kepada menuntut ilmu adalah Adab menuntut ilmu dan menghormati guru serta rakan seperguruan.

Group ini hanya untuk mereka yang pernah hadir, jika anda tidak pernah hadir, anda tidak sepatutnya berada di sini.

Jika anda baru join group ini, sila kenalkan diri dan nyatakan juga anda pernah hadir Seminar Jutawan Industri di lokasi mana dan tarikh bila.