KakiMyvi Lovers

Group ini telah ditubuhkan pada 16 Julai 2014 bersamaan 18 Ramadhan 1435H. Secara rasmi pada 18 Julai 2014 bersamaan 20 Ramadhan 1434H.

Penubuhan Group Kaki Myvi ini untuk menarik pengguna-pengguna Myvi 1.5SE / Extreme dan juga 1.3 S-series (KL/Selangor)** yang berminat untuk modifikasi kereta ke arah prestasi enjin yang cemerlang.

**sekiranya mendapat sambutan yang meluas, pihak Admin akan membuka penyertaan kepada region-region lain.

Syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak ADMIN untuk menyertai Kaki Myvi ini :

1) Anda dinasihatkan untuk tidak memecah belahkan hubungan sesama ahli dan menjaga hubungan baik sesama ahli. Kerana Kaki Myvi ditubuhkan sebagai kumpulan kecil untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli.

2) Bagi ahli yang ingin mendapatkan nombor ID, anda diWAJIBkan untuk menghadiri TT yang ditetapkan oleh pihak ADMIN sahaja. Anda digalakkan untuk bersuai kenal sesama ahli supaya hubungan sesama Kaki Myvi lebih erat terjalin.

3) Anda juga diHARUSkan menunjukkan komitmen anda untuk aktif dalam group Kaki Myvi supaya aktiviti kelab tidak akan mati dan akan sentiasa berjalan.

4) SILA JAGA NAMA BAIK KAKI MYVI

5) Anda digalakkan untuk menyuarakan pendapat atau cadangan dengan menghubungi pihak ADMIN supaya Kaki Myvi akan lebih tersusun.

6) Untuk memastikan kekemasan page Group Kaki Myvi, anda dikehendaki membuat album/folder jika anda ingin post gambar dalam kuantiti yang banyak.

7) Tujuan group ini adalah untuk membincangkan aktiviti-aktiviti Kaki Myvi yang telah dilakukan dan bakal dilakukan. Sebarang pengiklanan / penjualan produk boleh diiklankan di web page http://www.facebook.com/kakimyvi

8) Adalah sangat-sangat digalakkan untuk meng"invite" rakan-rakan pengguna Myvi yang lain di ruangan page tersebut supaya kita dapat berkongsi ilmu dan menyuarakan pendapat sesama pengguna Myvi.

9) Diharapkan tiada provokasi sesama ahli dan juga pengguna-pengguna Myvi yang lain.

10) Diingatkan sekali lagi, Group Kaki Myvi di ruangan ini adalah "Closed Group" dan hanya untuk ahli-ahli berdaftar dan mempunyai nombor keahlian/ID sahaja.

Selamat beraktiviti, selamat bersahabat buat semua ahli Kaki Myvi