Kelab Karyawan Lensa Negeri Kelantan (KLIK)

SEJARAH PENUBUHAN:

Kelab Karyawann Lensa Negeri Kelantan (KLIK) dahulunya dikenali dengan nama Kelab Lensa Negeri Kelantan ditubuhkan pada tahun 2008.

Idea penubuhan ini tercetus dari beberapa fotografer yang yang diusulkan oleh Che Aziz semasa menghadiri satu majlis promosi printing custom album de’Loyal dari Johor Bharu. Majlis ini diadakan di premis Azmi Central, Kubang Kerian. Cadangan itu kami panjangkan semasa minum. Pada masa itu, saya, che aziz, wan zailani, rosley mohamad (pokley image), aznee alaman, wan sulalili dan beberapa lagi nama yang telah saya lupa nama nya bersetuju untuk menubuhkan sebuah kelab untuk peminat2 foto di negeri Kelantan, Lalu lahir lah Kelab Lensa Negeri Kelantan (KLIK). Kita melantik che aziz sebagai presiden kelab.

Awal penubuhan nya, saya mengambil inisiatif mewujudkan sebuah blog bagi me warwar kan penubuhan kelab ini di alamat http://klik2008.blogspot.com/ Blog ini masih lagi wujud sehingga sekarang.

Mesyuarat penubuhan KLIK di adakan di pejabat BERNAMA tempat sdr. k'zaman bekerja dan kita ucapkan ribuan terima kasih kerana beliau sudi memberi tempat kepada semua ahli KLIK bermesyuarat kat situ pada malam tu dengan selesa sekali... maka pada malam tu kita adakan pemilihan AJK KLIK, dimana sdr aziz mn dipilih sebagai presiden, sdr k'zaman sebagai timb. presiden, sdr rizal tahir sebagai setiausaha dan saya sendiri dilantik sebagai bendahari dan 10 orang AJK, maka dengan secara rasminya KLIK ditubuhkan pada malam tu.

Antara aktiviti awal yang kami buat ialah mempelajari teknik CLS yang dianjurkan oleh che aziz di TESCO Kg. Sireh. Selepas itu mempelajari teknik panning di perkarangan Stadium Sultan Mohd ke-IV. Pada masa tu kita dapat menghimpunkan hampir 30 orang peminat fotografer dan segala aktiviti kami war war kan di blog sahaja.

Selepas itu saya buat satu forum di free server, jadi banyak lah yang daftar disitu hampir 300 orang kesemuanya, kemudian timbul desakan agar KLIK mempunyai website sendiri.

Bagi menunaikan hasrat itu kami buat satu perjumpaan di RFC Tanjung Chat. Pada malam itu kami mengutip derma bagi membeli domain sendiri. Urusan pembelian dan buat forum diserahkan kepada shamabd dari Gegey Pixart.

Setelah mempunya domain dan forum sendiri, bertambah meriah lah jadi nya. Kita dapat menarik lebih ramai lagi peminat foto hampir dari seluruh Malaysia, terutama rakyat Kelantan yang tinggal di luar Kelantan.

Sudah lumrah barangkali nya, apabila ramai ahli, banyak lah peel perangai nya. Forum KLIK sentiasa hangat dengan isu isu yang remeh seperti perbandingan jenama, filem vs digital, maka lahir lah komen komen yang tidak beretika dari forumer KLIK. Dari hari kehari semakin teruk sehingga wujud kumpulan kumpulan pro dan contra kepada admin sehinggalah ianya di ‘shutdown’ oleh admin tanpa sebarang notis kepada AJK forum.

Akhir nya KLIK berpecah kepada 2 kumpulan yaitu golongan muda dan satu lagi golongan veteran. Selepas itu ahli KLIK membawa haluan masing masing. Dalam pada itu saya dan beberapa orang lagi berbincang untuk mewujudkan semula forum yang telah berkubur itu. Kami membeli domain baru dan nama KLIK berubah kepada KELIK. Kami berjaya menghidupkan semula forum KLIK dimana saya dan che aziz sebagai admin.

Ramai ahli ahli KLIK lama yang datang kepada kita kembali dan forum berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu hari forum kami crash dan segala data nya hilang dan kami tidak membuat back-up.

KLIK menjadi tak bertuan sekali lagi. Banyak ahli ahli yang lama mula fe-up akan perjalanan KLIK dan kami pun bawa haluan masing masing sekali lagi. Namun begitu,usaha masih dilakukan oleh che aziz untuk menghidupkan kembali, memang susah untuk mendapat kepercayaan dari mereka mereka yang mula tawar hati untuk bernaung dibawah satu kelab.

Pada tahun 2010, saya dijemput sebagai salah seorang mentor di kursus hyper portrait yang di buat oleh Yaman Ibrahi dan di anjurkan oleh DIGIMERC. Bertolak dari sini saya dapat mengenal pasti beberapa nama hebat dan bagi saya mereka mereka ini mampu membawa kembali KLIK ke era kegemilangan sekali lagi. Saya suarakan hal ini kepada che aziz, dia bersetuju tetapi kami terpaksa menunggu untuk menggunakan nama KLIK lama, kerana pada masa itu ianya masih lagi valid di domain asal.
Setelah segala nya selesai, kami berjaya mewujudkan kembali forum KLIK di alamat http://klik.com.my/ di era kegemilangan facebook. Setelah itu diwujudkan ajk penaja,kerana kami ingin mendaftar nama KLIK sebagai sebuah kelab yang sah disisi undang undang.




KLIK telah didaftar kan dengan PPM dengan no. pendaftaran 2771-10-KEL

AJK KLIK 2011/2013

1. Aziz MN - Presiden
2. Raja Kamal R Hussin - Timb. Presiden
3. Abd. Hamid Seman - Setiausaha
4. Zulkifly Hamat - Penolong Setiausaha
5. Wan Mohd Eunus Wan Ismail - Bendahari
6. Ahmad Na'ime Hj. Mohammad - Timb. Bendahari
7. Ruzley Abdullah - AJK
8. Mohd Rizal Md Tahir - AJK
9. Zulkifle Che Abdullah - AJK
10.Nik Abdullah Nik Omar - AJK
11.W Mohd Sulalili Wan Sulaiman - AJK
12 Johan Ariff - AJK
13. Azahar Isa - AJK
14. Mohd Hafsham Ibrahim Afandi - AJK