Kedai Kopi IM

Kedai Kopi IM Ditubuhkan dengan hanya satu niat. Untuk mencelikkan pada pengguna Internet umum yg kerjaya sebagai IM ni bukan hanya sekadar melalui e-book, affiliate, login FB dpt duit. :D

Di sinilah tempat para ahli boleh berkongsi tips, pendapat, dan informasi secara terbuka tentang perniagaan internet. Baik dari segi memberi servis offline atau online, menjual produk digital atau fizikal.

Tanyalah, mesti ada yang tolong jawab soalan anda.

Kami di Kedai Kopi IM tidak suka pada SPAM. Jadi, kalau baru masuk, sebelum buat post, ada baiknya kenalkan diri dulu. Dan oleh kerana semakin kerap 'soft selling' dibuat di KKIM, dan perkongsian ilmu semakin berkurangan, maka 'soft selling' di KKIM dianggap sebagai SPAM juga sekarang ni.

Akan tetapi, kami sudah membuka ruang 'iklan berbayar' di group KKIM. nak tahu lebih lanjut? email pada: [email protected]

Visi Kedai Kopi IM:

Untuk melahirkan lebih banyak Usahawan Internet yang 'Walk-The-Talk'.

Sila lihat peraturan 'pengiklanan' di sebelah kanan groups.
Klik pada 'See All' di 'Docs' dan klik 'Ruang Iklan'. Okay?

Tu saja! Hmmm, skang ni, boleh saya ambil order?

[Nasihat] Kedai Kopi IM ni SANGAT AKTIF. Kalau tak nak e-mail kene flood dengan email dari Facebook, klik 'Edit Settings' di Group KKIM ni, dan 'untick' 'Send notifications to email'.

Akhir Skali, jemput duduk, order apa nak, semua ada. Yg terbaik,
Nasi Ayam Clickbank & Kway Teow Goreng Twitter & Pisang Salai Terliur. :P

Selamat Datang!

--
Khairul Fadhli
Owner Kedai Kopi IM
Di sokong oleh: Ali Hanafiah Daud (General Manager Kedai Kopi IM)

Team Admin: Arsyad Al-Umm, Faiz Sufi, Helmi Kimsui