KELAB ANAK MUDA MALAYSIA

KELAB ANAK MUDA MALAYSIA ADALAH SEBUAH KELAB YANG DITUBUHKAN BAGI MEMBANTU BELIA DALAM MEMBANGUNKAN DAN MEMBINA SAHSIAH DIRI SERTA MENCIPTA KEJAYAAN YANG DIJALANKAN SECARA TIDAK LANGSUNG MELALUI KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TUJUAN / MATLAMAT


(1) Merancang dan menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan kenegaraan di kalangan ahli-ahli

(2) Untuk mempromosi, menggalak dan membangunkan semangat cintakan negara di peringkat kelab

(3) Mewujudkan dan memberi kesedaran ke atas kepentingan perlembagaan dan undang-undang di kalangan ahli

(4) Untuk melahirkan generasi yang bertanggungjawab terhadap negara dan memupuk nilai-nilai murni terhadap agama, bangsa dan negara

(5) Menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat membangunkan jati diri serta sahsiah ahli

BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

(1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

a) Ahli Biasa
Bayaran masuk : RM 10.00
(Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja)

Yuran Tahunan: RM 25.00
(Ringgit Malaysia: Dua Puluh Lima sahaja)

b) Ahli Seumur Hidup
Yuran Ahli Seumur Hidup : RM 200.00 – Dibayar Sekaligus
(Ringgit Malaysia: Dua Ratus sahaja)

(2) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari awal tiap-tiap tahun.

(3) Ahli yang membiarkan hutangnya lebih dari dua (2) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh Setiausaha atau wakilnya dan hilanglah hak-hak keistimewaan sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

(4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

(5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

(6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.


-Keahlian Dalam FACEBOOK adalah percuma_