KELAB BEKAS ANGGOTA PERISAI KUALA LUMPUR (KEBAL)

KELAB BEKAS ANGGOTA PERISAI KUALA LUMPUR (KEBAL)

PENGENALAN

Semangat setiakawan adalah salah satu sifat atau amalan yang dituntut dalam perkhidmatan ketenteraan. Ianya tidak terkecuali dalam Kor Armor Diraja (dahulunya Federation Regiment, Federation Armoured Car Regiment, Kor Peninjau Diraja dan Kor Kavalri Diraja), yang mempunyai anggota berbilang kaum, dan semangat kesetiakawanan ini terus membara walaupun telah bersara.

Justeru pada pertengahan tahun 90an, sekumpulan kecil pegawai dan PTT Kanan yang bermastautin di Kuala Lumpur/Lembah Kelang telah mencetuskan idea untuk mengekalkan semangat ini. Pada 23 Mac 1999 di Mint Hotel, Lebuhraya Utara-Selatan (berdekatan Rumah Tol Sungai Besi), satu Jawatankuasa Penaja telah dibentuk untuk merancang aktiviti dan penubuhan sebuah kelab bagi semua peringkat. Jawatankuasa sementara ini yang dipengerusikan oleh Mejar Dato' Haji Zulkifli bin Mokti (Bersara) dan beberapa pegawai serta PTT Kanan, telah memaju permohonan penubuhan sebuah kelab ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPP), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada 24 Mac 2000, Kelab Bekas Anggota Perisai Kuala Lumpur (KEBAL) secara rasminya diterima dan berdaftar dibawah Nombor Pendaftaran 322.

PERKEMBANGAN

 Sejak penubuhannya pada 24 Mac 2000 sehingga kini, keahlian KEBAL tidak sahaja terhad kepada pesara-pesara Kor Armor Diraja yang bermastautin di Kuala Lumpur atau Lembah Kelang, malahan melimpah keseluruh negara dengan keahlian pada bulan Mei 2011 seramai 484 orang. Dengan sambutan yang amat memberangsangkan ini, KEBAL merangcang untuk mengkaji semula undang-undang yang sedia ada agar ianya boleh digunapakai secara meluas. Dengannya nanti, setiap negeri akan mempunyai Jawatankuasanya sendiri yang berhubung rapat dengan KEBAL Induk dalam penyampaian maklumat serta perlaksanaan objektifnya.

OBJEKTIF


Mempromosi serta usaha mengeratkan silaturahim dikalangan ahli serta
keluarga mereka.

Menjadi perantara dengan agensi-agensi berkaitan dalam aspek berikut:

1. Membantu meningkatkan kesejahteraan, ekonomi serta mengukuh
taraf hidup ahli.

2. Memberi khidmat nasihat dan sokongan moral bagi mereka yang
memerlukannya.

Menjejak waris anggota-anggota yang terkorban dan mereka yang hilang
keupayaan semasa pertempuran.

Mengemaskini data-data ahli/pesara Kor Armor Diraja serta keluarga
mereka yang boleh digunapakai oleh Jabatan Arah Armor dan Jabatan
Hal Ehwal Veteran.

Memberi teladan serta contoh terbaik kepada generasi semasa dalam
keakraban kehidupan berbilang kaum.

KEAHLIAN

Setiap pesara Armor Diraja serta balu-balunya layak menjadi ahli KEBAL. Terdapat tiga (3) jenis keahlian seperti berikut:

1. Ahli Seumur Hidup (ASH). Berhak menghadiri mesyuarat-
mesyuarat utama, mengundi dan memegang jawatan. Untuk menjadi
ASH, yuran yang dikenakan adalah RM105.00 (RM5.00 untuk
pendaftaran dan RM100.00 yuran).

2. Ahli Biasa (AB). Mempunyai hak yang sama seperti ASH, kecuali
yuran yang dikenakan adalah RM25.00 (RM5.00 untuk pendaftaran dan
RM20.00 yuran) untuk satu (1) tahun.

3. Ahli Bersekutu (untuk balu). Tidak dikenakan yuran


JAWATANKUASA EKSEKUTIF

Jawatankuasa Eksekutif yang dilantik bertanggungjawab kepada ahli-ahlinya dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang diluluskan dalam mesyuarat-mesyuarat amnya. ahli Jawatankuasa Eksekutif ini merangkumi:

1. Seorang Presiden.
2. Seorang Timbalan Presiden.
3. Seorang Setiausaha.
4. Seorang Penolong Setiausaha.
5. Seorang Bendahari.
6. Sepuluh (10) orang ahli Jawatankuasa Biasa.

Terdapat juga dua (2) orang ahli dilantik sebagai Pemeriksa Kira-kira semasa Mesyuarat Agong Tahunan. Disamping itu, Presiden diberi kuasa untuk melantik lima (5) orang ahli untuk tugas-tugas khas.

Tempoh khidmat bagi setiap Jawatankuasa Eksekutif adalah selama (3) tahun sepertimana diluluskan pada Mesyuarat Agong Tahunan KEBAL yang ke-8 pada 26 Jun 2010. Darinya terdapat enam (6) biro ditubuhkan bagi merangcang dan mengawasi serta menentukan kelancaran sesuatu aktiviti. Biro-biro tersebut adalah seperti berikut:

1. Kebajikan dan Hal Ehwal Ahli.
2. Informasi dan Publisiti.
3. Kerohanian/Keagamaan.
4. Riadah dan Sosial.
5. Keahlian.
6. Projek Khas dan Perlembagan.

Jawatankuasa ini bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) bulan untuk mengawasi perkembangan dan meluluskan isu-isu serta aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

AKTIVITI 

Amnya, aktiviti sosial seperti majlis perjumpaan pesara-pesara Kor Armor Diraja bersama keluarga diatur dengan usahasama perkumpulan pesara-pesara Kor Armor Diraja setempat. Pada masa yang sama, ianya juga bertujuan untuk mendaftar ahli-ahli baru serta mengemaskinikan rekod ahli. Selain aktiviti sosial, KEBAL turut merancang aktiviti-aktiviti keagamaan dan riadah.

PENUTUP

 Setakat ini KEBAL telah memainkan perananya sebagai penghubung diantara pesara-pesara Kor Armor Diraja dengan mengadakan beberapa perhimpunan seperti di Pontian, Johor, di Sungai Petani, Kedah dan di Kuatan, Pahang. Lanjutan dari itu, KEBAL berjaya menyampaikan objektifnya serta menambah keahlian.

BERSATU MUAFAKAT

Alamat Berdaftar: 2617 Jalan Permata 15, Taman Permata, 53300 KUALA LUMPUR

Alamat Persuratan: 7-12-10, Blok Keruing, Taman Desaminium Rimba, Lestari Perdana,43300 SERI KEMBANGAN, Selangor Darul Ehsan

Telefon Bimbit: Presiden (019-3847735)
Bendahari (012-2433616) *
Setiausaha (019-3828040)
Email:


JAWATANKUASA EKSEKUTIF 2010-2013


Presiden
Mejar Jeneral Dato' Mohd Yunus bin Long (Bersara)

Timbalan Presiden/Setiausaha
Brigedier Jeneral Dato Mahmood bin Ibrahim (Bersara)

Bendahari
Leftenan Kolonel Adnan bin Abd Aziz (Bersara)

Penolong Setiausaha
Leftenan Kolonel Ahmad Shanusi bin Che Mat (Bersara)

Penolong Bendahari
Leftenan Kolonel Md Sulan bin Nordin (Bersara)

Ahli Jawatankuasa

Mejar Lee Yen Wah (Bersara)
Mejar Mohd Azimi bin Arifin (Bersara)
PW1 Yusof bin Chik (Bersara)
PW 1 Haji Ishak bin Mohamed (Bersara)
PW 1 Ramly bin Hussin (Bersara)
PW 2 Ng Chow Seng (Bersara)
PW 2 Saharuddin bin Jiran (Bersara)
PW 2 Wai Shiang Loong (Bersara)
PW 2 Ibrahim bin Othman (Bersara)

Pemeriksa Kira-Kira

PW 2 Paul Arokiasamy (Bersara)
Tpr Marbangi bin Juraimi (Bersara)

Ahli Yang Dilantik

Mejar Dato' Mohamad Bustaman bin Abdullah (Bersara)
Mejar Abd Ghaffar Azmi bin Bd Aziz (Bersara)