KOMUNITI I LOVE MANJUNG

SELAMAT DATANG KE KOMUNITI I LOVE MANJUNG (KiLM) - MESTI BACA!!!

PERINGATAN:

Pihak pengurusan KiLM tidak akan bertanggungjawab di atas segala komen anda di dalam wall. Tertakluk pada Akta Komunikasi dan Media 1998.

IKLAN PERNIAGAAN TANPA NO. AHLI, POST/KOMEN yang berunsur POLITIK, lUCAH dan perkara perkara yang akan MENJEJASKAN KEHARMONIAN ahli ahli akan di PADAM. Pengecualian hanya kepada post `Penjualan Hak Peribadi, Pekerjaan, Info, Pertanyaan, Bantuan, Hartanah dan Perkara2 berkaitan kebajikan/Keagamaan. Berminat untuk menjadi Ahli Berdaftar (Bukan Utk Iklan Saje) boleh berhubung dgn Puan Mai Amir 017-5616368 utk mengisi borang, mendapatkan resit pembayaran dan no ahli KiLM.

Utk maklumat (Rujuk : Perlembagaan Persatuan):-

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama : PERSATUAN CINTAI MANJUNG PERAK (KOMUNITI I LOVE MANJUNG). NO. Daftar : 012 - 08 - 03122012.

(2) Takrif Nama : PERSATUAN YANG BERUNSURKAN KEMASYARAKATAN DI DALAM DAERAH MANJUNG.

MATLAMAT

(1) Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat.

(2) Mewujudkan perpaduan di antara penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa

(3) Membolehkan penduduk mengenali antara satu sama lain serta memupuk semangat kejiranan dan persahabatan.

(4) Menjaga kepentingan kepada ahli-ahli komuniti di dalam ‘Facebook’ di bawah kumpulan ‘Komuniti i Love Manjung’ dan juga menjalankan aktiviti sosial di Daerah Manjung.

(5) Menjalankan kerja-kerja pengurusan bagi ahli-ahli sekiranya terdapat aktiviti dan jemputan daripada jabatan atau agensi kerajaan, pihak swasta dan sebagainya.

(6) Membantu dan mempromosikan aktiviti-aktiviti perniagaan ahli-ahli pertubuhan di atas talian dan juga secara konvensional.

KEAHLIAN

a) Ahli Biasa :

(i) Kewarganegaraan : Malaysia.

(ii) Umur Minima : 18 tahun.

(iii) Kawasan / Negeri Tempat Tinggal Ahli : Daerah Manjung, Perak.

(iv) Keturunan/Bangsa : Semua.

(v) Jantina : Semua.

(vi) Agama : Semua.

(vii) Kriteria Keahlian Yang Lain : Ahli Hendaklah Menetap Di Dalam Daerah Manjung atau Bekerja Di Dalam Daerah Manjung.

b) Ahli Kehormat - (Berjasa pada masyarakat/memberi sumbangan pada persatuan).
c) Ahli Seumur Hidup - (Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus)
d) Ahli Bersekutu - (Tidak memenuhi kriteria Ahli Biasa)
e) Ahli Remaja - (Bawah 18 tahun/Surat kebenaran bertulis drp IbuBapa)

SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada :-

(1) Bayaran Masuk : RM70.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Ringgit Sahaja).

(2) Yuran Tahunan : RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga puluh Ringgit Sahaja).

a) Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan.

b) Yuran Seumur Hidup (perlu dijelaskan semasa permohonan ahli) RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ringgit Sahaja).

Terima Kasih kerana telah membacanya.
BERSAHABAT BERSATU