Kelab Soal Jawab Ibubapa Cemerlang

Merupakan platform untuk fans page komuniti ibubapa cemerlang mengemukakan soalan untuk dijawab oleh ahli-ahli yang lain. Sesiapa sahaja boleh menyertai group ini.

Peraturan dan Etika semasa berada di dalam Kelab KSJIBC.

1- Ahli dikehendaki menggunakan bahasa yang sopan, tidak menyindir, tidak menggunakan singkatan kecuali yang selalu digunakan dan mudah difahami.

2-Sila baca post yang dikongsikan dengan teliti sebelum memberi pandangan atau komen. Juga komen2 dr ahli2 yg terdahulu untuk mengelakkan kecelaruan info, suasana negatif atau kurang harmoni di KSJIBC.

3-Setiap pertanyaan dari ahli perlu disertakan umur anak, jantina dan anak ke berapa.

4- Masalah yg berkaitan dengan kesihatan bayi, anak-anak dan ibu mengandung perlu dirujuk kepada pakar bertauliah. Perkongsian pengalaman dibenarkan tetapi ibubapa dilarang bergantung kepada pandangan ahli semata-mata tanpa merujuk kepada pandangan pakar bertauliah.

5-Sebarang iklan yang tidak berkaitan dengan polisi kelab akan dibuang. Admins juga berhak untuk membuang iklan yang diulang melebihi kekerapan sekali sebulan yang dibenarkan. Promosi group atau page yang tidak berkaitan dengan inspirasi Kelab Ibubapa Cemerlang juga tidak dibenarkan.

6-Hanya link yang mempunyai status public dan yang berkaitan dengan parenting sahajadibenarkan untuk dikongsi di kelab ini.

Pihak Admin berharap agar mendapat sokongan setiap ahli dalam hal ini agar kita dapat bertukar pendapat dengan cara yang lebih sihat dan efektif. Terima kasih.