Masjid Al - Muhammadiah Pantai Damat, Bachok, Kelantan

Masjid Mukim Pantai Damat

Latar Belakang


Binaan

Binaan masjid terdiri daripada satu tingkat dan batu bata serta dinding masjid yang bercermin dan telah dicat bagi melindungi bengunan masjid daripada kerosakkan akibat cuaca dan sebagainya. Masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai mihrab serta dilengkapi lantai yang diperbuat dari simen. Selain itu, masjid ini mempunyai satu menara tanpa kubah dan bumbung masjid yang rata. Pada bahagian dalam masjid pula ukiran ayat-ayat suci Al-quran yang sangat indah.





Kemudahan

Masjid menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan yang berasingan untuk kemudahan pengunjung masjid. Masjid ini juga mempunyai parking untuk meletakkan kenderaan. Masjid ini juga mempunyai bangku simen serta meja bulat untuk aktiviti riadah dan sebagai tempat rehat pengunjung masjid.



Keistimewaan

Masjid ini mempuyai pemandangan yang cukup indah dan sentiasa berada dalam keadaan yang bersih. Kedudukan masjid ini berhampiran dengan Pantai Irama dan sering ramai pengungjung.Masjid juga mempunyai tanaman bunga-bunga yang cantik menghiasi kawasan masjid.




Maklumat Lanjut
No Daftar: MY-03-BCK-00553
Nama Masjid: MASJID MUKIM PANTAI DAMAT
Alamat: DAERAH PERUPOK, 16300 BACHOK, KELANTAN.

Maklumat Imam
Haji Zulkifly Bin Haji Jusoh