PERSONA CLUB ~ My Persona Style Community (MyPS)

My PERSONA STYLE COMMUNITY [MyPS]

Sejarah Penubuhan Kelab


My PERSONA STYLE COMMUNITY [MyPS] bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 telah didaftarkan pada 16 Jun 2009 dengan nombor pendataran 3130/2009.

MyPS pada asalnya telah dicadang dan ditubuhkan oleh 3 orang sahabat pengasas yang mula merasakan perlunya ada sebuah kelab kerata Proton Persona yang bertapak di Johor untuk menyatukan dan mengumpul pemilik Proton Persona. Dengan hasrat ini tertubuhlah MyPS diJohor dibawah presiden pertama yang juga merupakan pengasas kelab.

Sejak penubuhannya pertengahan tahun 2009 MyPS telah banyak berlaku perubahan dari setiap sudut termasuklah kepimpinan, perlantikan Exco-exco dan pendaftaran ahli.

Selain dari itu, telah banyak aktiviti kelab yang berjaya dilaksanakan. Antaranya hari keluarga, aktiviti sukan dan riadah, aktiviti amal kebajikan, majlis perkahwinan ahli kelab, kenduri doa selamat dan kesyukuran dan sebagainya.

MyPS juga mempunyai beberapa orang marshal pengiring yang bertauliah yang telah berdaftar dibawah Malaysian Marshal Club (MMC). Perkara ini sangat mustahak bagi kelab untuk memastikan setiap konvoi kereta MyPS diiring oleh marshal yang berpengalaman dan bertauliah.


Objektif Penubuhan


Objektif penubuhan MyPS adalah untuk Memartabatkan Kekeluargaan dan Persahabatan serta objektif ini telah menjadi slogan utama kelab.

Hasilnya kelab MyPS terdiri dari ahli-ahli yang kebanyakkan telah berkeluarga. Secara tidak langsung setiap aktiviti MyPS pasti meriah kerana bukan sahaja ahli rasmi kelab yang menyertai program kelab malah anak-anak, isteri dan juga ibu bapa meraka juga telah terlibat secara lansung dalam setiap program kelab.

Disamping itu juga, MyPS ditubuhkan untuk berkongsi ilmu tentang dunia permotoran, masalah teknikal kenderaan, cadangan baik pulih kenderaan dan sebagainya. MyPs juga menyediakan perkhidmatan tarik kereta atau “towing’’ untuk ahli kelab. Dengan bayaran yang munasabah pasti kebajikan ahli dapat dijaga.


Stiker Kereta dan Baju Rasmi Kelab


Stiker kereta rasmi kelab ditampal pada cermin hadapan dan belakang setiap ahli rasmi kelab yang melambangkan identity MyPS. Antara tujuan lain adalah untuk mudah dikenal pasti sesame ahli apabila berjumpa dimana-mana sahaja.

Baju rasmi kelab berwarna biru dan kuning yang melambangkan kekeluargaan dan persahabatan. Ia dipakai apabila aktiviti kelab dijalankan.

MyPS “memartabat kekeluargaan dan persahabatan”


Sekian, Terima Kasih

Presiden MyPS ke-4 (2014-2016)
Ucop Saat


PERHATIAN!!

KPD INDIVIDU YG SGT2 BERMINAT UTK MENJADI AHLI DAN SEBAHAGIAN KELUARGA MYPS, BOLE PM TERUS KPD PRESIDEN UTK APPROVAL SBG AHLI DLM WALL INI DAN HADIR KE EVENT MYPS SKURANG2NYA 2 KALI EVENT UTK MENJADI AHLI RASMI YG MBOLEHKAN ANDA MENDAPAT STIKER KERETA RASMI MYPS.

SEKIAN, TRMKSH