Pasar Mesir

PERATURAN DAN PANDUAN

UMUM

#MEREKA YANG GAGAL/ENGGAN MEMATUHI PERATURAN BERISIKO DIREMOVE ATAU BAN DARI GROUP.

#Bahasa perantaraan ialah Bahasa Melayu Riau (MABBIM). Penggunaan bahasa daerah/gaul/pasar adalah tidak dibenarkan.

#Bahasa hendaklah sopan, mudah difahami. Digalakkan dalam bahasa Melayu Riau.Penggunaan Bahasa Inggeris dan Arab dibenarkan.

#Search group dahulu sebelum bertanyakan atau mengiklankan barangan anda, kemungkinan telah ada post yang berkaitan.

#Spamming adalah tidak dibenarkan.

# Provokasi/ugutan tidak dibenarkan.

#Jujur dan amanah.

#Perkara yang diharamkan agama Islam adalah dilarang.

#Barangan MLM dibenarkan tetapi promosi untuk menambah kaki(downline) tidak dibenarkan.

#Pelayar digalakkan menegur mana-mana penjual/pembeli yang melanggar peraturan ini.

#Pos/komen yang berunsur kenegerian atau kenegaraan berhak di padam.

#Produk dan peniaga yang transaksinya berada di luar Mesir tidak dibenarkan.

#Mana-mana pos yang tidak berkaitan dengan pertanyaan atau perniagaan dibiarkan atau dipadamkan atas budi bicara admin. Sekiranya melanggar peraturan akan didelete tanpa kompromi.

#Penjual/pembeli yang menipu/tidak bertanggungjawab akan di ban permanently.

#Pihak Pasar Mesir tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak.


PENGIKLAN/PENJUAL

#Nyatakan 1-Tempat 2-Harga 3-tel/emel 4-Perincian tentang barangan 5-Gambar sekiranya ada. Contoh :

[BARANG/JASA] : lens Nikon
[PERINCIAN] : 70-300mm / baru atau bekas.
[LOKASI] : mansurah
[HARGA] : LE 1200 (TERBUKA PADA PENAWARAN)
[NO/EMEL UNTUK DIHUBUNGI] : 0111-XXXXXXX / [email protected]

#Bagi yang mempunyai berbilang barangan atau jasa, sila nyatakan di satu sahaja post.

#Yang ingin upload gambar boleh berbuat demikian di page peribadi dan pastekan link album di wall bersama perincian. Atau gunakan software untuk mencantumkan semua gambar anda.

#Harga hendaklah diletakkan pada awalnya dan dinyatakan sama ada terbuka kepada penawaran.

#Penawaran digalakkan dilakukan secara PM (private message)

#Post tidak boleh berulang/berbilang ; post yang sama akan didelete.

#Produk yang sudah dijual atau tidak mahu dijual hendaklah di delete sendiri oleh pengiklan.

#Satu entiti/group/kumpulan hanya dibenarkan satu post sahaja.

#Sebarang tawaran atau makluman baru untuk produk yang sudah diiklankan hendaklah di post di ruangan komentar.

#Peniaga yang mahu membuat post baru hendaklah memadam(delete) postnya yang lama.

#Sebarang pertanyaan hendaklah dijawab dengan kadar segera.

#Iklan yang tidak aktif lebih dari satu bulan akan dipadam.

PEMBELI

#Menjaga adab dan tatasusila.

#Tidak memberikan komen dengan niat menjatuhkan peniaga atau mengaibkan barangan supaya dapat harga yang lebih murah.

#Berikan maklumat tel/emel dll untuk kemudahan komunikasi.

#Maklum balas dan urusan jual beli hendaklah dijawab sesegera yang mungkin.