PERMANIS UM - Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya

Persatuan Mahasiswa N. Sembilan UM atau lebih dikenali sebagai PERMANIS merupakan sebuah persatuan anak negeri yang berdaftar di bawah Hal Ehwal Pelajar (HEP UM).

PERMANIS berjiwa besar dalam menganjurkan program-program berbentuk kebajikan dan menyumbang kepada pembangunan insaniah terutamanya bagi generasi muda Negeri Sembilan.

PERMANIS komited dalam usaha menjana mahasiswa yang berkepimpinan dan berfikiran jauh kehadapan mendepani isu-isu semasa melalui pelbagai program yang dirancang.

PERMANIS sebagai platform untuk melatih kemahiran berorganisasi dalam kalangan mahasiswa.

PERMANIS juga sebagai medium untuk mengeratkan silaturahim antara ahli yang secara tidak langsung mendidik sifat untuk kenal mengenali antara satu sama lain.

PERMANIS juga menyediakan pelbagai aktivit dan program yang menggalakkan mahasiswa agar sentiasa terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan berorientasikan kebajikan.