Salam Warga Temerloh..dengan rendah dirinya saya menjemput saudara-saudari menyertai aktiviti Pusat Dagangan Temerloh group..Moga kita semua mendapat manafaat & keberkatan dari Allah swt. Terima kasih
Sama ada saudara/i seorang peniaga sepenuh masa ataupun sambilan mahupun mempunyai premis perniagaan atau tidak, anda dijemput memasarkan produk anda di sini
Saudara-saudari bebas memasukkan semua jenis iklan sama ada dalam bentuk gambar, banner, teks atau apa2 sahaja.
Tidaklah lengkap sebuah pusat perniaaan tanpa pelanggan-pelanggan yang berkunjung atau pun mencari barangan atau perkhidmatan yang diperlukan.Sehubungan dengan itu saya menyarankan setiap ahli menjemput seramai mungkin rakan-rakan di Facebook untuk menghidupkan perniagaan di sini.
Pusat Dagangan Temerloh dibina tiada motif mencari keuntungan, sekadar suatu usaha amal semata-mata meningkatkan taraf ekonomi para peniaga di Temerloh. Antara faedah yang dapat dinyatakan di sini ialah :
1.Peniaga-peniaga baru dapat mempromosi perniagaan tanpa mengambil masa yang lama untuk mendapat pelanggan-pelanggan baru
2. Peniaga-peniaga lama dapat menambah pelanggan-pelanggan baru
3. Pemberitahuan dengan pantas produk-produk baru dan tawaran-tawaran istimewa
4. Info tentang perkhidmatan yang ditawarkan seperti spa,aksesori rumah, wiring,pencucian rumah,pakej-pakej tuisyen,homestay,pengajian Al Quran dll.
5. Setiap hari orang-orang Temerloh dan sekitarnya hanya perlu membuka Pusat Dagangan Temerloh untuk mendapat info terkini produk & perkhidmatan yang diingini
6. Peniaga dan pembeli boleh bertanya dan tawar-menawar harga atau pakej yang diingini
7. Membina kumpulan bagi perniagaan rangkaian seperti MLM atau franchise
Kami percaya saudara-saudari lebih kreatif tentang bagaimana produk atau servis saudara/i dipasarkan di sini. Kami hanya menyediakan platform untuk pertemuan semua penjual dan semua bakal pembeli/pelanggan secara percuma
Jika saudara/i ingin menjual koleksi peribadi seperti pakaian,barang antik, syiling lama atau baru, stem, komik, batang pancing, buku-buku, topi dll amat dialu-alukan !
Sangat digalakkan saudara/i membuat (create) satu album foto khas dengan nama perniagaan anda. Setiap kali ada promosi baru ,terus sahaja sahaja upload foto-foto produk atau perkhidmatan di situ dan secara automatik tertera di di wall Pusat Dagangan Temerloh (PDT). Dengan itu bakal pelanggan boleh sahaja membuka album tersebut dan memilih produk-produk lama dan terbaru di album foto atau Kedai Maya saudara/i
Pihak PDM ingin mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha orang-orang Temerloh yang selama ini berjaya mewujudkan kumpulan FB yang cemerlang seperti Temerloh United/Pesat. Orang Temerloh dan Orang Temerloh di Johor dll. Pusat Dagangan Temerloh merupakan rentetan kesinambungan usaha sekretariat-sekretariat kumpulan-kumpulan tersebut untuk menggunakan kemudahan yang disediakan di FB demi kemajuan orang kita
Begitupun pihak admin PDM tidak bertanggung-jawab seandainya berlaku kerugian atau kerosakan yang berlaku. Begitu juga hanya perniagaan yang mematuhi undang-undang negara, Agama dan budaya bangsa sahaj dibenarkan di sini.
Akhir sekali moga bisnes & servis saudara/saudari semakin berkembang maju !
Admin
Pusat Dagangan Temerloh