Selendang Budaya Lahad Datu

Selendang Budaya ini telah di dirikan pada tahun 2007, telah diasaskan oleh Pegawai Daerah En. Amat Md Yusop (Ketika Itu) dan dipengerusikan oleh En. Ramlee Abd Hamid Ketua Kerani P.D.L.D di keografikan oleh En. Nur Asbi Sawajan Lembaga Kebudayaan Neg. Sabah (Ketika itu) Beliau adalah Jurutari Negara Kelas A. Untuk memelihara dan memulihara tarian Tradisi Neg. Sabah Am nya Malaysia.

Pengalaman En. Nur Asbi Sawajan - Sabah Mewakili Malaysia ke Festival Tari Sedunia di Turkey dan Jepun. En.Ramlee Abd Hamid - Ahli biasa Pertubuhan CIOFF Dunia (Festival Tari Dunia)telah dipilih membawa Budaya dari Sabah mewakili Malaysia sejak tahun 1994 di Sepanyol 1995 di Perancis 1997 di Itali 2007 di Cecily 2009 di Istambul,Turkey.

Persembahan Selendang Budaya, Acara Rasmi Kerajaan Perseketuan Negeri Peringkat Daerah dan Lawatan TYT. Orang - orang Kenamaan dari Semenanjung, Nederland, Jepun dan pelajar-pelajar dari Taiwan. Selendang Budaya menurunkan tarian tarian Finali OKU yang mewakili Sabah ke Peringkat Kebangsaan dengan persembahan Finali menjadi Juara Piala Y.A.B Perdana Menteri M'sia pada Tahun 2010.

Jutaan terima kasih kepada yg Berhormat Tuan Hj. Salleh Hj.Kalbi Ahli Parlimen P.18 Silam, yang telah menyumbangkan beberapa pakaian Budaya.


Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta sila hubungi Pengerusi En.Ramlee Abd Hamid di talian o19-8412788 / o14-9527780.
Masa Latihan - Isnin / Rabu / Jumaat (7.oopm)


"Budaya Melambangkan Keamanan Dunia"