PROTON PERSONA OWNERS CLUB [PPOC]

PPOC "mencari member & berkongsi ilmu" dari kalangan pemilik Persona , Persona SE , Persona Elegance & Persona SV

Perintah Tetap PPOC :-

... 1- Tidak dibenarkan mengiklankan gambar , link atau menyebut tentang kelab-kelab kereta lain didalam Group Proton Persona Owners Club 'PPOC'. Kecuali gambar , link yang memberikan sumber yang berguna untuk baik pulih kereta dan permasalahannya serta sebarang penyataan yang berniat persahabatan / dengan maksud 'SUCI HATI'. PPOC dan majoriti kelab kereta di Malaysia di wujudkan pada asasnya adalah untuk membentuk persahabatan dan perkongsian maklumat / ilmu.

2- Tidak dibenarkan menggunakan perkataan kesat / lucah atau membuat penghinaan kepada sesama ahli / kelab lain, menyentuh soal politik, sebarang link berunsur keganasan , pembabitan didalam mana2 organisasi gangsterism dan di klasifikasikan haram / merbahaya kepada keselamatan awam seperti yang di maklumkan oleh pihak berkuasa yang mana termaktub diadalam mana2 undang2 yang berkuatkuasa di dalam Malaysia, Serta sebarang perkataan yang boleh menyinggung perasaan individu lain.

3- Creator / Admin / Head Of Region/ State Leader/ Moderator berhak untuk membatalkan keahlian mana-mana individu yang didapati berhaluan kiri / menentang arus organisasi yang dilantik serta menghapuskan mana-mana penyataan / komen yang tidak sesuai ataupun yang tidak bersesuaian dan diklasifikasikan mampu mengugat kestabilan / keharmonian dalaman dan luaran PPOC.

4- Mana-mana individu yang telah menjadi AJK ataupun berjawatan secara rasmi dari kelab-kelab Persona lain adalah tidak layak untuk dipertimbangkan untuk dilantik sebagai AJK Pentadbiran PPOC.

5- Creator / Admin & Moderator adalah individu yang mempunyai kuasa untuk melakukan perubahan peraturan dari masa ke semasa yang digelar "Perintah Tetap PPOC".

6- Sila gunakan NOMBOR AHLI anda di setiap awalan POSTING / REPLY / COMMENT. Creator / Admin / Senior Leader / Moderator berhak untuk memadam POSTING / REPLY / COMMENT yang tidak mempunyai nombor ahli.

7- Hanya IKLAN BERKAITAN PERSONA dibenarkan berada di wall.
(Sebarang urusan jual / beli adalah tanggungjawab anda sendiri)

Sila fahami dengan tanpa gagal

FAQ:

(Q) Nak Daftar Sebagai Ahli PPOC ?
(A) Borang Daftar perlu di isi dan di tandatangani dan ianya hanya boleh di perolehi dari Head Of Region, State Leader & Individu yang diberi kebenaran oleh H.O.R atau S.L.

*BORANG INI HANYA BOLEH DI PEROLEHI DAN DI ISI SECARA BERSEMUKA / BORANG TIDAK AKAN DIEDAR . SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PERSON IN CHARGE DI KAWASAN ANDA.

(Q) Cara mendapatkan sticker PPOC ?
(A) Sticker boleh di beli ketika mendaftar sebagai ahli. PADA HARGA RM60 dan apa yang crew yg mendaftar tu akan dapat?
1- sticker windscreen
2- sticker no ahli
3- sticker sayap belakang
4- kad keahlian VERV X selama setahun*(akan di uruskan sendiri oleh staff VERV X)

* Jika setuju utk mejadi crew PPOC.. ISI BORANG RASMI & TANDATANGAN....BERKUATKUASA 1.10.2014...