KEM PLKN TELUK RUBIAH TERLETAK DI MUKIM SITIAWAN DENGAN JARAK KEM DARI BANDAR MANJUNG SEKITAR 5 KM.
KEM INI BERKELUASAN 20.3 EKAR DAN DIMILIKI OLEH ASA TECHNO SDN BHD YANG DIKETUAI OLEH PENGARAH URUSANNYA DATO’ SYED FAISAL BIN SYED MOHSIN.
KEM INI MULA DIBINA PADA PENGHUJUNG OKTOBER 2003 DAN TELAH SIAP DI BINA PADA AWAL TAHUN 2004. MULA BEROPERASI PADA 16 FEB 2004 DAN PADA WAKTU ITU, BANGUNAN KHEMAH DIGUNAKAN BAGI KEDIAMAN PELATIH SIRI 1/ 2004.
PADA SEP 2004, SOC PENEMPATAN DIUBAH DARIPADA KHEMAH KEPADA BANGUNAN KEKAL DAN IANYA SIAP DIBINA UNTUK KEGUNAAN PELATIH BAGI SIRI 2/ 2005 DAN PENAMBAHBAIKAN DITERUSKAN SEHINGGA KINI BAGI TUJUAN KESELESAAN PELATIH.