Sekolah Menengah yang terletak di pekan Spaoh Betong Sarawak. Sejauh kira-kira 280KM dari bandaraya Kuching. Pekan Spaoh terkenal dengan Pesta Ikan Buntal dan musim ikan buntal. Sekolah Menengah Spaoh mempunyai kira-kira 1200 orang pelajar merangkumi Tingkatan 1 hingga 6 Atas dan kira-kira 120 orang staf akademik serta sokongan.